Blog Informasi, Panduan dan Perbincangan Dunia IT
1 Dec

Tahukah anda bahawa sesiapa sahaja sebenarnya berupaya memasang komputer sendiri ? Tak percaya ? Susah ?
Sebenarnya tidak lagi dengan adanya ebook terbaru : PASANG SENDIRI KOMPUTER ANDA !.
Cuba Fikirkan…?
Anda mungkin pernah mengalami sendiri situasi seperti berikut:
Anda mungkin pernah mengalami gangguan dan kerosakkan perkakasan komputer atau sistem operasi (Operating System) dan terpaksa menyuruh orang lain untuk membaikinya.
Lebih memeningkan kepala anda lagi bila kerosakkan itu berlaku pada waktu malam dan anda tengah cuba menyiapkan kerja sekolah atau assignment yang penting. Pada waktu itu tidak ada kedai komputer yang dibuka untuk membaiki komputer anda.
Anda juga terpaksa membayar harga yang tinggi untuk baik pulih perkakasan atau proses Installation Windows XP yang dilakukan oleh orang lain.
Anda juga mungkin pernah ditipu tentang kerosakkan dan harga melakukan baik pulih perkakasan dan proses Installation yang sebenarnya amat mudah dilakukan.
Anda juga mungkin terfikir bagaimanakah cara mengesan kerosakan, menukar perkakasan yang rosak dan membuat proses Installation tersebut sendiri serta anda ingin mempelajarinya.
Anda juga mungkin pernah cuba untuk melakukan proses-proses pemasangan dan Installation Windows XP itu sendiri tetapi tidak dapat menyelesaikannya kerana masih merasa ragu-ragu dan risau.
Kini segala yang anda fikirkan seperti di atas akan di dapat di atasi. Dengan adanya Ebook PANDUAN PAKEJ LENGKAP ini, anda akan mempelajari bukan satu tetapi dua perkara dalam masa yang sama. Panduan ini mengandungi dua bahagian iaitu : 1) Pasang Sendiri Komputer Anda dan 2) Belajar proses Installation.
Tak berapa fasih bahasa Inggeris? Tidak mengapa, ini perkara biasa kerana kebanyakan maklumat komputer sekarang adalah dalam bahasa Inggeris. Ebook ini akan dapat membantu anda, kerana ianya di tulis 100 peratus dalam bahasa ibunda kita iaitu bahasa Malaysia.
Oleh itu apa yang ditunggu lagi, anda boleh dapatkannya sekarang di PANDUAN PAKEJ LENGKAP.
30 Nov
Adakah anda sering mengalami perkara-perkara berikut ?
Jika YA, anggap lah masalah anda telah selesai…
Masalah anda diatas dapat diselesaikan dengan memiliki E-Book ” Repair Komputer Sendiri”
Apakah isi kandungan e book ini:
|
|
|
membaiki komputer.
rakan yang tidak tahu.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila klik : |
27 Nov
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Windows XP SP3 akan di lancarkan tidak lama lagi.
Dengar cerita, ianya jauh lebih laju daripada Windows Vista yang ada sekarang, betul ker ?
Untuk lebih lanjut, bacalah petikan di bawah :
Windows XP Service Pack 3 (SP3) is set to give a performance boost to Office. The update, which is scheduled to be released next year, runs ten percent faster than XP SP2, claimed a performance testing company.
Devil Mountain Software, claimed Windows Vista SP1 was no faster than the original, repeated some of the same tests on the release candidate of Windows XP SP3, the service pack recently issued to about 15,000 testers.
“We were pleasantly surprised to discover that Windows XP SP3 delivers a measurable performance boost to this aging desktop OS,” said Craig Barth, Devil Mountain’s CTO in his blog.
Devil Mountain ran its OfficeBench suite of performance benchmarks on a laptop equipped with Office 2007, Microsoft’s latest application suite. The notebook - the same unit used in the Vista/Vista SP1 tests earlier - featured a 2.0GHz Intel Core 2 Duo processor and 1GB of memory. The results reported a ten percent speed increase under XP SP3 when compared to SP2, the service pack released in 2004.
“Since SP3 was supposed to be mostly a bug-fix/patch consolidation release, the unexpected speed boost comes as a nice bonus,” Barth said. “In fact, XP SP3 is shaping up to be a ‘must-have’ update for the majority of users who are still running Redmond’s not-so-latest and greatest desktop OS.”
According to the Office performance benchmarks, Windows XP SP3 is also considerably faster than Vista SP1. “None of this bodes well for Vista, which is now more than two times slower than the most current builds of its older sibling,” said Barth.
While Microsoft was not available for comment over the weekend about XP’s performance, it defended Vista SP1 after Devil Mountain’s first round of tests. “We appreciate the excitement to evaluate Windows Vista SP1 as soon as possible. However, the service pack is still in the development phase and will undergo several changes before being released,” a spokeswoman said in an email.
Microsoft has at times struggled to wean users from the six-year-old Windows XP and get them to migrate to Vista. During 2007, for example, it made several XP concessions, including adding five years to the support lifespan of the Home edition and extending OEM and retail sales of XP through June 2008, as it recognised that customers wanted to hold on to the older OS.
Recently, Forrester Research said that XP remained Vista’s biggest rival, and cited survey data that showed American and European businesses would delay Vista deployment, in part because of application incompatibility issues with the new OS. “That’s causing a lot of XP shops to take a wait-and-see approach to Vista,” said Forrester analyst Benjamin Gray two weeks ago.
Bagaimana Internet Berfungsi
Kebanyakan pengguna internet dari rumah menggunakan sambungan dialup melalui modem analog untuk mencapai internet. Proses mencapai internet anda bermula apabila anda mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet,MaxisNet, Time.net atau JARING.Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan protokol TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet. Di sini saya akan jelaskan proses yang berlaku di sebalik perlayaran anda ke dunia internet.
Bagi pengguna internet yang menggunakan sistem dialup melalui talian telefon anda mungkin menggunakan servis dari Telekom Malaysia, Maxis atau Time Telekom. Jenis talian yang digunakan mungkin dari jenis analog PSTN (Public Switched Telephone Network juga dpanggil POTS -Plain Old Telephone Service, dengan kelajuan 56kbps), digital-ISDN(Integrated Services Digital Network-sehingga 128kbps) atau -digital ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) seperti Streamyx. Bagi pengguna talian analog PSTN, modem digunakan dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 56kbps. Nama MODEM adalah singkatan dari perkataan MODULATE/ DEMODULATE. Tugasnya ialah untuk menukarkan signal digital dari komputer anda kepada analog untuk melalui rangkaian telefon(modulate). Juga sebaliknya bagi menukarkan signal analog ke digital jika kita membuat sambungan remote access (demodulate).Semasa anda membuat dialup, modem menukarkan data dari PC anda kepada nada ton mewakili data yang anda hantar dari PC tersebut.Jenis modem yang anda gunakan mungkin dari brand Motorola,3Com,Aztech,US Robotics dan Rockwell.
Signal analogue dari modem anda akan “berlayar” melalui wayar copper di tiang2 telefon di kawasan rumah anda ke ibusawat Telekom yang terdekat.Peringkat ini adalah dinamakan “transmission facilities” merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain.
Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET. Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti “call waiting”, ” call transfer” dan lain-lain.Beberapa peringkat/jenis exchange seperti TANDEM, ACCESS TANDEM dan International Gateway yang berbeza fungsinya dari segi saiz, liputan geografi, untuk menghubungkan switch/exchange berkenaan dan tidak akan dijelaskan disini.Bagi pengguna Telekom ada 5 vendor utama di Malaysia bagi exchange tersebut. Mereka adalah NEC (Jepun), Ericsson (Sweden), Alcatel ( France) , Fujitsu (Jepun) dan Nokia (Finland).
POP (Points of Presence) boleh dikatakan sebagai pintu masuk kepada ISP anda. Contohnya jika anda pengguna JARING dan biasa mendapat satu login prompt dan password. Ia sebenarnya adalah akses anda untuk memasuki pintu masuk ISP dengan menggunakan terminal server seperti Shiva,Ascend,3Com,Cisco dan lain-lain yang akan mengesahkan melalui login dan kata laluan tersebut.
Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah.
Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet , contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.ittutor.net kepada ip address dari sebuah database besar yang sentiasa di”update”kan.
Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop10.jaring.my merupakan email host anda.
News Server-Server untuk menghubungkan anda kepada usenet contohnya news.jaring.myServer-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet.
Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet anda. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server. Beberapa komponen network yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses.
Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama.
Jika laluan kecil seperti copper wire di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya. Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti fiberoptik.
Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.
Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda!Webserver anda mungkin menggunakan OS yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain.
20 Nov
Kenapa perlu network?
Membolehkan dua komputer yang terletak di mana sahaja di dunia ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Membolehkan komputer yang terdiri daripada jenis-jenis yang berlainan contohnya Macintosh,PC dan mainframe untuk berhubung dengan bahasa yang berlainan atau pun protokol.
Networking dicipta hasil daripada aplikasi yang dibina daripada dunia perniagaan.
Komputer awal yang dicipta hanyalah terhad kepada penggunaan “stand alone” - bekerja sendiri dan tidak ada hubungan antara satu sama lain.
Dari itu satu penyelesaian perlu dibuat kerana dilihat bahawa cara penggunaan komputer yang ada tidak menggunakan “resources” dengan cara yang “cost effective” dan efisyen.
Penyelesaian yang dicari perlu memenuhi kriteria berikut :-
1.Bagaimana untuk mengelakkan data/peralatan komputer diduplikasikan.
2.Bagaimana komputer dapat berhubung dengan cekap.
3.Bagaimana untuk mengendali network tersebut.
Dengan itu lahirlah konsep network!
KOMPONEN NETWORK PC ANDA
Sebelum kita pergi jauh lagi, mari kita lihat komponen asas network yang ada pada PC anda. Kita lihat dahulu subsistem yang ada di PC anda untuk membolehkan kita mempelajari bagaimana ia bekerja.
Kita senaraikan terlebih dahulu komponen yang ada seperti :-
Komponen “discrete”
transistor integrated circuit resistor capacitor connectors light emitting diode (LED) solder
Komponen subsistem :-
printed circuit board (pcb), CD-ROM drive ,CPU, floppy disk drive, hard disk drive, microprocessor, motherboard ,bus, RAM, ROM system unit, expansion slot, power supply
Komponen backplane :-
network card, video card, sound card, parallel port, serial port, mouse port, monitor, connector power, cord

Network Interface Card (NIC)
NIC medium menghubungkan PC anda kepada network.
Disambung pada motherboard
Ada beberapa jenis card dipasaran – Ethernet, Token Ring dan FDDI.
NIC berhubung dengan network melalui sambungan serial.
NIC berhubung dengan komputer melalui sambungan parallel.
Setiap satu memerlu IRQ dan IO address dan upper memory bagi DOS dan Windows 95/98
SAMBUNGAN CABLING
Komponen
Catatan
10 Base-2 BNC 10Mbs
Ia menggunakan coaxial cable 50ohm (RG58) dan had maximum yang boleh digunakan ialah 185m.
Coaxial cable adalah cable serupa yang digunakan bagi antenna TV anda (UHF) dan contoh BNC connector yang terdekat adalah connector yang menyambungkan cable antenna anda ke TV.
Bagi komputer pertama dan terakhir didalam rangkaian coaxial cable memerlukan terminator 50ohm.
Tanpa terminator tersebut akan menyebabkan network anda tidak berfungsi.
Selain dari terminator , T-connector diperlukan untuk menghubungkan antara 2/atau set coaxial kabel yang lain.
Satu kelemahan coaxial adalah jika satu sambungan BNC pada satu komputer longgar atau rosak akan menyebabkan seluruh network tersebut down!

RJ45 adalah jenis connector yang digunakan untuk sambungan ke UTP (unshielded twisted pair) cable.
Ia adalah jenis sambungan yang paling popular bagi LAN kerana harganya murah dan mudah didapati..
Panjang maximum yang boleh digunakan ialah 100m.
Kelihatan seperti connector telefon tetapi saiznya lebih besar.

DB25 yang kelihatan di sebelah adalah DB25 female.Version male pula mempunyai 25 pin dan female mempunyai 25 lubang.
Contoh penggunaan ialah seperti kabel printer dan kabel zipdisk.
Output voltage adalah 0-5V mewakili logic 1dan 0.(kabel printer)

DB15 seperti DB25 mempunyai 15 pin bagi male dan 15 lubang bagi female.

CAT5(100Mbs) cable atau category 5 cable mempunyai maximum kelajuan 100Mbs.
Kelihatan seperti cable telefon tetapi mempunyai properties yang berlainan.
Panjang maximum ialah 100m.
Seperti cable lain untuk sambungan lebih dari panjang maximum , repeater boleh digunakan.
USB (Universal Serial Bus)
Teknologi cabling yang masih baru.
Dua jenis sambungan yang paling popular adalah :-
i)10Base2
ii)10BaseT
10Base2

10Base2 Cabling
Coaxial cabling
Berdasarkan gambarajah di atas kita boleh lihat komponen asas bagi coaxial cabling.
RG58 cable.
Kabel ini mudah didapati di kedai elektronics atau komputer. Boleh dibeli dengan jumlah yang banyak dan ada jugak yang sudah siap dipasang dengan BNC cable connector.
BNC connector w/ terminator (50 ohm)
Terminator tersebut diperlukan pada komputer pertama dan yang terakhir. Ketiadaan terminator atau terminator yang tidak dipasang dengan betul akan menyebabkan network anda down.
BNC cable connector
Ialah connector kepada coaxial cable RG58. Sebelum dipasang ia terdiri daripada beberapa komponen. Kulit luar dari cable RG58 tersebut perlu dibuang dan dimasukkan ke BNC connector. Alat crimping tool digunakan untuk mengepitkan BNC cable connector tersebut kepada coaxial cable RG58.
Tips! * Anda harus berhati-hati bila membuat pemasangan kerana kerapkali berlaku network down (yang pernah saya alami) disebabkan pemasangan BNC connector yang tidak sempurna.Jadi mungkin “worth it” kalau ambil masa lebih sedikit supaya pemasangan yang sempurna dengan memastikan tiada sentuhan antara wayar dalaman yang tidak berkenaan kepada BNC connector.
BNC T- connector
Digunakan untuk sambungan kepada dua kabel berasingan untuk input dan output.
Pada praktikalnya digunakan untuk sambungan ke ethernet card pada setiap workstation juga untuk sambungan ke komputer/router yang pertama dan terakhir(untuk kegunaan terminator).
BNC barrel connector
Untuk sambungan dua segmen kabel.
Repeater
Untuk satu segmen limit sambungan ada maksimum 186m. Untuk jarak yang lebih jauh repeater digunakan untuk menguatkan signal network tersebut.
Contoh network menggunakan BNC cabling.
[img]http://rangkaian.net/images/BNCnet.jpg[/img]
10BaseT

10 BaseT cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya.
Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan rangkaian UTP adalah lebih “reliable” jika hendak dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak membantu dalam memperbaiki “data errors” dalam sambungannya. Selain dari itu UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian “down” jika salah satu komputer atau sambung cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network “down” hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak)
Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.
Huruf T pada perkataan 10Base-T adalah membawa makna “twisted” iaitu jenis sambungan UTP(unshielded twisted pair) kabel yang digunakan.
Biasanya ada dua jenis cabling yang digunakan untuk sambungan 10Base-T seperti berikut:-
i) Straight through cable
ii) Crossover cable

Straight through cable digunakan untuk sambungan seperti berikut :-
* Sambungan dari router kepada hub/switch.
* Sambungan dari server kepada hub/switch.
* Sambungan dari workstation kepada hub/switch.
Crossover cable pula digunakan untuk sambungan seperti berikut :-
* Sambungan uplink antara switch.
* Sambungan hub kepada switch.
* Sambungan hub kepada hub lain.
* Sambungan network terus antara dua komputer (tanpa hub/switch).
* Sambungan router interface kepada router interface yang lain.

Attenuation pada 10BaseT
Satu perkara yang perlu diambil kira pada pengukuran jarak kabel 10Base-T adalah attenuation.Attenuation adalah pengecilan amplitud sesuatu isyarat apabila melalui satu medium yang menghilangkan tenaganya. Dalam kes 10Base-T attenuation yang dibenarkan adalah 11.5dB yang diukur dari satu hujung kabel tersebut dengan menggunakan testing device. Secara amnya kabel Cat 5 mempunyai attenuation sebanyak 10dB per 500 kaki pada frekuensi 10MHz.Maka jarak maksimum setelah dikira termasuk patch cable dan patch panel sambungan Cat 5 boleh dikatakan tidak boleh melebihi 150m iaitu lebih kurang 490kaki.
Perbandingan Thinnet 10Base2 dengan Unshielded Twisted Pair 10BaseT
10Base2
Harga kabel
Lebih mahal sedikit dari 10BaseT
Panjang maksimum
185 meter *
Kelajuan
4-100Mbps
Kesan terhadap Interference
Kurang terdedah
Lain-lain
Komponen elektroniks lain amat murah
SItuasi terbaik untuk digunakan
Rangkaian sederhana ke besar yang memerlukan kadar sekuriti yang tinggi
Ciri-ciri
UTP (10BaseT)
Harga kabel
Murah
Panjang maksimum
100meter *
Kelajuan
4-100Mbps
Kesan terhadap Interference
Sangat terdedah
Lain-lain
Memerlukan hub/switch (kos lebih mahal)
SItuasi terbaik untuk digunakan
Site yang kecil hingga sederhana
LOCAL AREA NETWORK
PEER TO PEER dan CLIENT SERVER NETWORKING
Mari kita lihat perbezaan antara peer to peer networking dan Client Server networking.

Peer to peer networking melibatkan dua atau lebih PC untuk berkongsi resources bersama. Resources yang dimaksudkan di sini adalah seperti hard disk,CDROM, printer , file dan sebagainya. Dengan menggunakan cara ini, semua user dalam network tersebut boleh berkongsi resources tersebut bersama contohnya user A boleh menggunakan CDROM drive user B, atau user B boleh berkongsi files di PC user A .
Contoh paling mudah untuk membina peer to peer networking adalah dengan menggunakan sambungan cross-over cable antara dua PC.Sebuah cable UTP diperlukan untuk membuat sambungan tersebut dan kedua-dua buah PC juga perlu mempunyai Ethernet Card (network interface card).
Untuk peer to peer networking yang lebih besar, hub/switch boleh digunakan supaya lebih banyak PC/printer dan peralatan komputer lain boleh disambungkan bersama.
Setelah semua sambungan hardware dibuat, network operating system seperti
Windows 9x,Windows for Workgroup,Artisoft LANtastic, dan NetWare Lite dan semua variasi UNIX dan Linux.
[img]http://rangkaian.net/images/peertri.gif[/img]
Secara amnya peer to peer network ini amat mudah untuk di mantain dan tidak mungkin tidak memerlukan seorang system administrator.
Ianya juga adalah cara mudah, murah dan sesuai untuk dipasang dan di mantain bagi sebuah network kecil yang mungkin terdiri daripada beberapa buah PC dan printer sahaja seperti di sebuah office kecil dan rumah..
ETHERNET

Gambarajah awal Ethernet
Ethernet boleh dikatakan sebagai LAN (Local Area Network) teknologi yang paling popular jika hendak dibandingkan dengan teknologi lain seperti Token Ring dan FDDI. Ethernet menjadi pilihan kerana teknologinya boleh dikatakan mudah dan murah untuk dibina dan di “troubleshoot”. Orang yang paling popular bila kita bercakap tentang Ethernet adalah Charles E. Spurgeon dan dia menulis buku Ethernet: The Definitive Guide keluaran O’Reilly.
[img]http://rangkaian.net/images/ethernetdg.jpg[/img]
Ethernet menggunakan konsep Carrier Sense Multiple Access with Collision Detection (CSMA/CD) protokol refer standard IEEE 802.3.
Konsep CSMA/CD adalah pengurusan bagi penghantaran frame oleh komputer/device secara serentak.
Semua komputer boleh menghantar frame pada bila2 masa tetapi akan cuba melihat dahulu jika ada komputer lain menghantar frame, ia akan menunggu untuk seketika (random time) dan menghantar semula apabila berlaku kekosongan. Secara teknikalnya apabila komputer A contohnya cuba menghantar packet ia akan melihat dahulu jika ada kehadiran signal digital pada wayar (kabel UTP cthnya) tersebut. Jika clear (tiada signal )maka penghantaran packet akan diteruskan dan jika ada signal (line digunakan) maka signal jam akan dihantar supaya komputer A berhenti menghantar packet tersebut. Jika cubaan hantar sebanyak 15 kali berlaku (collision) dan line masih busy, time out akan berlaku dan packet perlu dihantar semula.
Ethernet menggunakan sambungan twisted pair (1OBaseT etc) dan coaxial (10Base2 etc.). Half Duplex Ethernet menggunakan satu wayar dan Full Duplex menggunakan 2 wayar .
Pilihan Medium
Ethernet menyediakan pilihan medium penghantaran yang berbeza dari segi kelajuan dari 1Mbps sehinggalah 1000Mbps.
Medium tersebut adalah tersenarai dibawah :-
Thick coaxial cable
dipanggil baseband,thicknet atau 10Base5. (500MHz)
Thin coaxial cable
dipanggil thinnet (50MHz)
Kabel Kategori 3- Cat 3
10BaseT(16 MHz)
Kabel Kategori 5 - Cat 5
10BaseT,100BaseT (Fast Ethernet)-100MHz
Fiber optik
1000BaseT atau Gigabit Ethernet. -tidak terhad.
Nota: Kabel Cat 4 twisted pair hanya digunakan untuk 16Mbps bagi rangkaian Token Ring. Dan jika dilihat penggunaan Cat 5 memudahkan bagi kita untuk rancangan upgrade akan datang jika network kemudiannya diupgrade dari 10Mbps kepada 100Mbps atau Fast Ethernet.
Satu lagi yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan full duplex pada NIC. Jika NIC anda menyokong penggunaan full duplex maka bolehlah anda gunakan tetapi perlu dibuat kepada kedua-dua belah pihak jia tidak sambungan tersebut akan menghasilkan banyak error.Perhatian perlu diberi iaitu full duplex hanya boleh digunakan pada sambungan kepada switch dan router sahaja. Hub tidak boleh menggunakan full duplex.

Lihat gambarajah diatas. Pemilihan Gigabit Ethernet sebagai sambungan backbone dari router, dan server menggunakan Fast Ethernet adalah berdasarkan beban yang dibawa oleh mereka.*Sumber Dipetik Dari Rangkaian.Net
13 Nov
Semalam, saya berjaya menyiapkan phase 1 projek Exchange 2007 Transition yang saya ceritakan sebelum ini.
Antara pengalaman dan pengajaran yang saya dapat sepanjang kerja-kerja ini adalah :-
1. Installation Exchange 2007 memerlukan planning yang baik sebelum memulakannya. Jika ini tidak dilakukan, kita akan membuang lagi banyak masa apabila tiba proses installation nanti. Pelbagai error akan kita temui akibat daripada tidak membuat perancangan yang baik.
2. Exchange 2007 memerlukan server di install menggunakan Windows 64 Bit (Penting). Jika Windows 32 Bit digunakan, anda tidak akan berjaya menginstallnya. Exchange 2007 version 32 Bit hanya boleh digunakan untuk training dan demo sahaja. Untuk Production, microsoft hanya mengeluarkan version 64 Bit.
3. Active Directory mesti lah berada dalam Native Mode. Jika AD dalam keadaan Mixed Mode, perlu jadikannya Native Mode. Note: Untuk tukar daripada mixed mode kepada native mode, mesti melalui option “Active Directory Domain And Trust” pada domain controller.
4. Checklist Installation perlu disediakan sebelum installation di jalankan. Antara perkara-perkara yang perlu di masukkan dalam checklist adalah :- Prerequisite Installation termasuklah installation .Net Framework 2.0, Microsoft Management Console 3.0, Windows Power Shell, Hotfix dan lain-lain lagi.
5. Untuk transition daripada exchange 2003 ker exchange 2007, anda perlu memastikan exchange server 2003 di install dengan service pack 2. Kemudian apabila exchange 2007 telah di siap di install, gunakan tools move mailbox untuk migrate mailbox dari exchange 2003 ker exchange 2007.
12 Nov
Minggu ini saya terlibat dengan satu projek IT. Antara scope projek ini adalah :-
1) Upgrade Exchange 2003 kepada Exchange 2007
2) Konfigurasi High Availability dan Clustering untuk Exchange 2007 Tersebut.
Step by step proses untuk exchange 2007 transition dan HA ini akan saya terangkan dalam sedikit masa lagi.
6 Nov
Untuk makluman semua, company yang di tubuhkan oleh saya sendiri iaitu Z World Solutions ada menyediakan perkhidmatan IT. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :-
1. Servis PC, Laptop dan Server
2. Setup Network dan Cabling
3. IT Training
Untuk Maklumat Lanjut, Sila hubungi saya seperti contact no di bawah:
Zaime Kharis Zainuddin (HP- 0126250187, Email : Zaime.kz@gmail.com)
Bachelor Of Engineering (Computer), UTM Skudai, MCSE, MCSA, MCDBA, MCP, CCNA.
5 Nov
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Selamat Datang Ke Blog Informasi, Panduan & Perbincangan Dunia IT.
Blog ini akan mengandungi Informasi Terkini yang akan di upload dari semasa ke semasa. Tujuan Blog ini adalah untuk memberi maklumat yang relevan dengan Masyarakat Malaysia Amnya dan Dunia IT khasnya.
Para Pengunjung adalah di alu-alukan untuk membaca kandungan blog ini secara menyeluruh dan meninggalkan komen yang membina bagi mempertingkatkan lagi isi kandungan blog ini.
Inshaallah komen-komen dari saudara-saudari sekalian akan saya jadikkan Panduan dan Ikhtibar dalam memajukan lagi blog ini.
Sekian, Terima Kasih.
Zaime Kharis Zainuddin